Khutbah Jumaat Palestin


Isi kandungan khutab jumaat adalah kiriman ustaz maszlee. Pihak masjid boleh mengambilnya untuk kempen kesedaran Palestin.

Tajuk : Memperbaharui azam menyelamatkan Palestin & Al-Aqsa

الحمد لله، نحمده ونستعينه ونستهديه ونستغفره، ونعوذ بالله تعالى من شرور أنفسنا ومن سيئات أعمالنا، من يهده الله فلا مضل له ومن يضلل فلن تجد له ولياً مرشداً، ومن لم يجعل الله له نوراً فما له من نور، وأشهد أن لا إله إلا الله وحده لا شريك له، خصنا بخير كتاب أنزل، وأكرمنا بخير نبي أرسل، وأتم علينا النعمة بأعظم منهاج شرع منهاج الإسلام،وأشهد أن محمداً عبد الله ورسوله أدى الأمانة وبلغ الرسالة وعبد ربه حتى أتاه اليقين، وتركنا على المحجة البيضاء على الطريقة الواضحة الغراء ليلها كنهارها لا يزيغ عنها إلا هالك فتح الله برسالته أعينا عمياً وآذاناً صما وقلوباً غلفا، وأخرج به الناس من الظلمات إلى النور بإذن ربهم إلى صراط العزيز الحميد، اللهم صل وسلم وبارك على هذا الرسول الكريم، وعلى آله وصحابته، وأحينا اللهم على سنته وأمتنا على ملته واحشرنا في زمرته مع الذين أنعمت عليهم من النبيين والصديقين والشهداء والصالحين وحسن أولئك رفيقا ، أما بعد،

Allah S.W T telah berfirman :
سُبْحَانَ الَّذِي أَسْرَى بِعَبْدِهِ لَيْلًا مِنَ الْمَسْجِدِ الْحَرَامِ إِلَى الْمَسْجِدِ الْأَقْصَى الَّذِي بَارَكْنَا حَوْلَهُ لِنُرِيَهُ مِنْ آيَاتِنَا إِنَّه هُوَ السَّمِيعُ الْبَصِيرُ
?Maha Suci Allah swt yang telah mengisrakkan hamba Nya ( Muhammad saw ) dari Masjidil Haram ke Masjidil Aqsa yang telah diberkati sekelilingnya, agar Dia menunjukkan kepada hamba Nya tanda- tanda kebesaran Nya. ? maksud surah al-Israk? (surah al-Israk: ayat 1 )

Sidang Jumaat yang dimuliakan oleh Allah S.W.T,

Jelas dalam ayat ini Masjidil Aqsa termasuk dalam senarai tempat suci utama dalam agama Islam apabila ia dikaitkan dengan peristiwa Israk & Mikraj. Peristiwa ini amat penting kerana dengan ia ibadah solat, tiang agama, mula difardhukan. Masjid al-Aqsa juga merupakan Qiblat pertama dalam Islam sebelum umat Islam diarahkan untuk menghadap ke masjidil Haram ketika bersolat.

Tetapi sayangnya semenjak tahun 1948 , iaitu semenjak penubuhan negara haram Israel sehingga kini, bumi al-Aqsa telah menyaksikan pencabulan kesuciannya oleh pihak Zionis Israel . Pihak Zionis Israel yang telah merampas bumi Palestin dari umat Islam dan seterusnya meletakkan masjid al-Aqsa di bawah jajahan mereka dan membina tempat ibadat mereka pada sebahagian daripada tembok masjid tersebut.

Walaubagaimanapun, alhamdulillah seperti yang dikehendaki oleh Allah tetap wujud golongan yang berjuang untuk mendapatkan kembali kesuciannya dan mengembalikannya ke tangan umat Islam semenjak dari dulu sehingga kini. Mereka-mereka ini berterusan berjuang sehinggalah kemenangan secara mutlak akan dicapai. Justeru itu, bumi al-Aqsa atau bumi Palestin adalah bumi syuhadaa dan golongan soleh seperti yang telah dikhabarkan oleh Rasulullah S.A.W dalam sebuah hadith yang berbunyi :

Perjuangan jihad yang telah diterajui oleh para syuhada zaman silam sentiasa meniup semangat jihad yang suci kepada generasi-generasi selepas mereka. Semuga maruah umat Islam akan dapat ditebus kembali dengan semangat jihad tersebut.

Persoalannya di manakah kita ketika mereka mengorbankan jiwa dan harta mereka untuk mempertahankan kesucian mesjid ketiga suci umat Islam. Bukankah mesjid al-Aqsa mesjid kita sebagai umat Islam juga?, tetapi apakah yang kita lakukan?

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,

Umat Islam masa kini sedang menghadapi tribulasi yang amat hebat. Afghanistan dan Iraq diserang, manakala umat Islam di Palestin dibunuh, dicedera dan dibinasakan kediaman mereka setiap hari semenjak kaum Yahudi Zionis menjejakkan kaki mereka yang penuh najis itu di bumi Palestin. Pemimpin mereka dibunuh.

Pada 22 Mac yang lepas Syeikh Ahmad Yassin, ikon perjuangan rakyat Palestin, seorang lelaki yang lumpuh seluruh tubuhnya kecuali kepalanya, seorang lelaki yang mengalami kecacatan pendengran dan juga penglihatannya telah dibunuh dengan kejam oleh tentera Zionis Israel ketika beliau dalam perjalanan pulang dari mesjid menunaikan solat Subuh secara berjemaah. Beliau tidak dibunuh dengan satu peluru, juga bukan dengan dua peluru, tetapi dengan tiga buah peluru pepandu yang dilancarkan oleh Helikopter yang tercanggih di abad ini, iaitu helicopter Apache. Semoga Allah memberikan ganjaran syurga buat Syeikh Yassin dan menimpakan kutukannya ke atas kaum Zionis Israel.

Tidak sampai sebulan selepas itu, iaitu pada 17 April yang lepas, Dr. Abdul Aziz al-Rantisi , yang merupakan pengganti Syeikh Ahmad Yassin pula telah dibunuh secara terancang dengan cara yang sama. Keadaan ini amat membimbangkan kerana Sharon, Perdana Menteri Israel telah diberi lesen dan lampu hijau oleh Amerika Syarikat untuk membunuh sesiapa sahaja yang dikehendaki menurut pandangan mereka, pengganas, di serata pelusuk dunia termasuk negara kita yang kita cintai di atas nama memerangi pengganas.

Siapakah sebenarnya pengganas?, siapakah yang lebih ganas daripada membunuh seorang lelaki yang lumpugh dengan menggunakan tiga buah peluru pepandu?, Siapakah yang lebih ganas daripada mereka yang telah membunuh seorang pemimpin politik dengan peluru pepandu juga?
Tidak cukup dengan perkara tersebut, minggu-minggu yang lepas kita sekali lagi dihidangkan dengan aksi-aksi keganasan pengganas-pengganas berlesen Israel.

Lihatlah bagaimana mereka telah merobohkan rumah-rumah umat Islam di Refah, menyerang orang-orang awam, melepaskan peluru-peluru berpandu secara rambang ke arah orang awam dan pelbagai lagi kekejaman yang dilakukan. Darah umat islam bagaikan tiada nilai. Dunia menyepi, negara-negara umat islam hanya berterusan mengutuk dan menggesa tanpa ada tindakan. Yang pasti walau apa pun yang dikemukakan?pasti Amerika Syarikat untuk membela tindakan-tindakan ganas lagi kejam yang dilakukan oleh rejim Israel.

Berhubung Hal ini , kita hendaklah yakin dengan janji Allah S.W.T di dalam surah Aal-Imran ayat 169 :

وَلَا تَحْسَبَنَّ الَّذِينَ قُتِلُوا فِي سَبِيلِ اللَّهِ أَمْوَاتًا بَلْ أَحْيَاءٌ عِنْدَ رَبِّهِمْ يُرْزَقُونَ

Yang bermaksud : ?Jangan kamu sangkakan mereka yang terkorban di jalan Allah itu mati, bahkan mereka hidup di sisi Tuhan mereka dalam keadaan diberikan rezeki?

Sidang Jumaat yang diredhai Allah S.W.T,

Umat Islam haruslah sedar bahawa perjuangan umat Islam di Palestin adalah untuk membebaskan tanah air mereka yang telah dirampas secara haram oleh Zionis sejak tahun 1947 dengan dibantu oleh imperialis Amerika dan Britain. Mereka bukanlah pengganas, bahkan mereka adalah pejuang kemerdekaan yang menuntut kemerdekaan tanah air mereka yang telah dirampas.

Bahkan mereka juga adalah para mujahidin yang berjuang untuk mendapatkan kembali mesjid dan Bandar suci mereka, bahkan mereka adalah pejuang keadilan yang menuntu bela di atas kematian ibu bapa, sanak saudara dan rakan taulan mereka yang telah dibunuh oleh rejim Zionis Israel secara kejam semenjak tahun 1948 lagi dengan segala kekurangan berbanding dengan kecanggihan dan kehandalan tentera-tentera rejim Zionis Israel. Dalam keadaan demikian alhamdulillah umat Islam di Palestin masih lagi menyalakan obor jihad sebagai jalan perjuangan. Mudah-mudahan dengan itu, umat Islam dapat bersatu padu dalam menghadapi musuh Allah swt.

Umat Islam di Palestin telah memulakan intifadhah Al-Aqsa yang kedua pada tahun 2000 apabila Ariel Sharon dengan bala tenteranya telah mencemarkan Masjid Al-Aqsa apabila beliau bersama 200 tenteranya yang lengkap bersenjata dan berkasut memasuki dan mengotori Masjid al-Aqsa. Walaupun tanpa bantuan dari negara-negara umat Islam, mereka sedikit pun tidak merasa gentar dan takut menghadapi musuh.

Malah mereka terus berjuang hingga ke hari ini hanya dengan kekuatan pengharapan terhadap kemenangan dari Allah swt sebagaimana Dia telah memenangkan Salahuddin Al-Ayyubi.
Korban di Palestin meningkat sedang umat Islam dan negara- negara Islam hanya melihat dan menyepi.Lebih 3 juta rakyat Palestin dipaksa tinggal di kem- kem pelarian. Mereka setiap hari diserang tatkala Ariel Sharon meminta pejuang Palestin memberhentikan segala bentuk serangan balas sebagai syarat pelan damai Timur Tengah tajaan Amerika Syarikat.

Kini pelan damai dicerobohi oleh mereka sendiri dengan mengistiharkan untuk mengambil sebahagian wilayah Tebing Barat untuk menempatkan lebih 90000 orang pendatang haram di bumi yang subur itu. Ini tidak termasuk tanah yang dicabul melalui pembinaan tembok penghalang yang telah membinasakan berhektar tanah pertanian rakyat Palestin.

Seramai 55000 rakyat Palestin mengalami kecacatan, 7500 merengkuk dalam penjara. Ramai yang hilang upaya bekerja dan ramai yang hilang tempat berteduh.
Para pejuang di Palestin mengajar umat manusia seluruhnya bahawa mereka tidak mudah mengalah atau tunduk kepada penceroboh Zionis.

Nabi Muhammad s.a.w. telah bersabda mafhumnya
? Berbaris selama satu jam dalam peperangan di jalan Allah swt adalah lebih baik dari solat malam selama 60 malam?.

Lagi sabdanya, mafhumnya

?Mahukah aku beritahu tentang satu malam yang lebih baik dari lailatul qadar?. Malam seorang soldadu menjaga sebuah sebuah negara dalam keadaan ia tidak pasti akan kembali kepangkuan keluarga nya??.

Allah swt berfirman dalam surah An-Nuur ayat 55 :
وَعَدَ اللَّهُ الَّذِينَ آمَنُوا مِنْكُمْ وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ لَيَسْتَخْلِفَنَّهُمْ فِي الْأَرْضِ كَمَا اسْتَخْلَفَ الَّذِينَ مِنْ قَبْلِهِمْ وَلَيُمَكِّنَنَّ لَهُمْ دِينَهُمُ الَّذِي ارْتَضَى لَهُمْ وَلَيُبَدِّلَنَّهُمْ مِنْ بَعْدِ خَوْفِهِمْ أَمْنًا يَعْبُدُونَنِي لَا يُشْرِكُونَ بِي شَيْئًا وَمَنْ كَفَرَ بَعْدَ ذَلِكَ فَأُولَئِكَ هُمُ الْفَاسِقُونَ
Maksudnya

? Allah swt telah menjanjikan bagi orang- orang yang beriman di antara kamu serta mengerjakan amal soleh, bahawa Allah swt akan mengangkat mereka menjadi khalifah di muka bumi ini sebagaimana orang terdahulu telah menjadi khalifah. Allah akan menetapkan agama ( Islam ), agama yang yang diredhaiNya untuk mereka .

Allah swt akan mengantikan ketakutan mereka dengan keamanan. Mereka menyembah akan Aku dan tidak mahu mempersekutukan Aku dengan sesuatu apapun. Barangsiapa yang ingkar sesudah itu, maka mereka itulah orang yan fasik?..

Insya Allah dan Alhamdulillah kita umat Islam di Malaysia boleh memburu pahala secara aman tetapi janganlah lupa akan kezaliman yang dikenakan terhadap Masjidil Aqsa serta para pejuangnya. Renunglah musibah yang ditanggung oleh saudara seagama di Palestin. Bagaimanakah mereka boleh meneruskan kehidupan dan beribadat sedangkan tanah tumpah darah diceroboh dan anggota keluarga hilang dibunuh atau ditangkap.

أقول قولي هذا أيها الأخوة وأستغفر الله تعالى لي ولكم فاستغفروه إنه هو الغفور الرحيم وادعوه يستجب لكم

Khutbah kedua :

الحمد لله، غافر الذنب وقابل التوب شديد العقاب ذي الطول لا إله إلا هو إليه المصير، واشهد أن لا إله إلا الله وحده لا شريك له يسبح له ما في السماوات وما في الأرض، له الملك وله الحمد وهو على كل شيء قدير، وأشهد أن سيدنا وإمامنا وأسوتنا وحبيبنا ومعلمنا محمداً عبد الله ورسوله، البشير النذير والسراج المنير، صلوات الله وسلامه عليه، وعلى آله وصحبه ومن دعا بدعوته واهتدى بسنته وجاهد جهاده إلى يوم الدين، أما بعد،

Sidang Jumaat yang dimuliakan oleh Allah S.W.T,

Bertaqwalah kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa dan janganlah kamu mati kecuali dalam keadaan beriman.

Allah S.W.T telah berfirman :
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا هَلْ أَدُلُّكُمْ عَلَى تِجَارَةٍ تُنْجِيكُمْ مِنْ عَذَابٍ تُؤْمِنُونَ بِاللَّهِ وَرَسُولِهِ وَتُجَاهِدُونَ فِي سَبِيلِ اللَّهِ بِأَمْوَالِكُمْ وَأَنْفُسِكُمْ ذَلِكُمْ خَيْرٌ لَكُمْ إِنْ كُنْتُمْ تَعْلَمُونَ

Yang bermaksud : ?Wahai orang-orang yang beriman hendakkah kamu aku tunjukkan sebuah perniagaan yang akan menyelamatkan kamu dari api neraka?, Kamu beriman kepada Allah dan Rasulnya dan kamu berjihad di jalan Allah dengan harta kamu dan nyawa kamu, dan itu lebih baik jika kamu mengetahuinya? (al-Saff: ayat 10 – 11 )

Para ulama juga telah berijmak jika sejengkal sahaja dari tanah kaum muslimin dirampas maka jihad menjadi fardhu ain ke atas setiap muslim.
Atas kesedaran inilah mimbar yang mulia ini menyeru agar tindakan-tindakan yang bersifat urgensi diambil oleh para jemaah sekelian, samada ianya bersifat individu mahupun secara berjemaah. Mimbar yang mulia ini menyeru agar :

1) Para jemaah memperbanyakkan doa dan solat hajat memohon agar Allah S.W.T membantu para mujahidin di Palestin dalam menghadapi pihak rejim Zionis Yahudi. Dan juga tidak putus berdoa agar Allah menimpakan kekalahan yang teruk kepada pihak rejim Israel dan menghalau mereka terus dari bumi Palestin.

2) Para jemaah hendaklah banyak mendekatkan diri kepada Allah dengan melakukan segala perintah Allah dan meninggalkan perbuatan maksiat. Ini kerana Allah hanya akan menerima doa-doa mereka yang suci dari dosa dan juga doa-doa mereka yang dekat dengannya.

3) Para jemaah juga hendaklah berusaha memberikan kesedaran kepada sanak saudara, rakan taulan, rakan sekerja dan juga masyarakat sekeliling tentang kesengsaraan umat Islam di Palestin, penjajahan Yahudi ke atas masjid suci ketiga mereka dan juga kiblat pertama umat islam dan berusaha menyedarkan mereka terhadap tugas mereka dalam usaha mereka untuk membantu dan membebaskan masjid al-Aqsa dari penjajahan Israel.

4) Para jemaah juga hendaklah menghulurkan zakat, sedekah, derma dan sumbangan kepada tabung-tabung Palestin, NGO-NGO Islam yang menjalankan usaha kebajikan untuk membantu umat Islam di Palestin dan juga sesiapa sahaja yang melakukan usaha membantu saudara mereka di Palestin.

5) Para jemaah juga diseru agar memboikot barang-barang keluaran Israel, kerana dengan kekuatan ekonomilah mereka menghancurkan umat Islam dan masjidil Aqsa di Palestin. Begitu juga para jemaah juga diseru agar memboikot juga barang-barang keluaran Amerika Syarikat yang merupakan sekutu utama dan pembekal senjata kepada Israel untuk membunuh umat Islam.

Ingatlah fatwa Dr Yusuf al-Qaradhawi yang mengatakan: ?Seringgit yang kita gunakan untuk membeli barangan Amerika bersamaan dengan seringgit untuk Israel membeli sebiji peluru untuk membunuh kanak-kanak Palestin?

اللهم اجعل يومنا خيراً من أمسنا واجعل غدنا خيراً من يومنا وأحسن عاقبتنا في الأمور كلها، وأجرنا من خزي الدنيا وعذاب الآخرة، اللهم اجمع كلمة هذه الأمة على الهدى وقلوبها على التقى ونفوسها على المحبة وعزائمها على عمل الخير وخير العمل، اللهم لا تهلكنا بما فعل السفهاء منا ولا تسلط علينا بذنوبنا من لا يخافك ولا يرحمنا، اللهم اجعل هذا البلد آمنا مطمئناً سخاء رخاء وسائر بلاد الإسلام، اللهم انصر أخوتنا في فلسطين، اللهم انصر أخوتنا في فلسطين، اللهم انصر أخوتنا في فلسطين، اللهم شد أزرهم وقوّ ظهرهم واجمع كلمتهم وقوّ شوكتهم وسدد رميتهم وافتح لهم فتحاً مبينا واهدهم صراطاً مستقيماً وانصرهم نصراً عزيزاً وأتم عليهم نعمتك وأنزل في قلوبهم سكينتك وانشر عليهم رحمتك، اللهم انصرهم وانصر إخوانهم المجاهدين في كل مكان من أرض الإسلام، اللهم انصرهم نصراً مؤزراً اللهم عليك بأعدائك أعداء الإسلام، اللهم عليك باليهود الغاصبين الظالمين الطغاة المجرمين المتغطرسين، اللهم أرنا فيهم يوماً قريباً، اللهم رد عنا كيدهم وفل حدهم وأزل دولتهم وأذهب عن أرضك سلطانهم ولا تدع لهم سبيلاً على أحد من عبادك المؤمنين، اللهم خذهم ومن ناصرهم أو عاونهم أو وادهم أخذ عزيز مقتدر، اللهم يا منزل الكتاب ويا مجري السحاب ويا سريع الحساب ويا هازم الأحزاب يا هازم الأحزاب يا هازم الأحزاب اهزمهم وانصرنا عليهم، ربنا اغفر لنا ذنوبنا وإسرافنا في أمرنا وثبت أقدامنا وانصرنا على القوم الكافرين.

عباد الله، يقول الله تبارك تعالى (إن الله وملائكته يصلون على النبي يا أيها الذين آمنوا صلوا عليه وسلموا تسليما) اللهم صلِّ وسلم وبارك على عبدك ورسولك محمد وعلى آله وصحبه والتابعين لهم بإحسان إلى يوم الدين وأقم الصلاة إن الصلاة تنهى عن الفحشاء والمنكر ولذكر الله أكبر والله يعلم ما تصنعون.