
Selasa, 14 September 2004- Helikopter Israel telah
menembak ke arah kereta dan mengorbankan 3 pejuang Palestin di Jenin semalam.
Sasaran utama pada Isnin lalu merupakan Mahmud Abu Khalifa, pemimpin Brigade al-Aqsa, kumpulan yg dikaitkan dengan pergerakan Fatah pimpinan Yasir Arafat.
Beliau syahid bersama Amjad Husni dan Yamin Abu al-Hasan yg juga ahli kumpulan tersebut.
“Saya mendengar letupan yang kuat dan terlihat kereta hangus terbakar. Orang sekeliling mengeluarkan 3 mayat daripada kereta tersebut”, berkata Hasan Jara , saksi di tempat
kejadian.
Menurut sumber, Abu Khalifa adalah timbalan kepada Zakaria Zubaidi, komander kumpulan al-Aqsa.
“Dalam masa 24 jam, kami akan bertindak balas atas serangan ini”, Zubaidi memberitahu wartawan.
Pada 30 Ogos lalu, Abu Khalifa dan Husni berjaya melepaskan diri dari serangan udara pengganas Israel di Tebing Barat.
Semoga Allah menempatkan mereka dikalangan para syuhada’. Ameen.