Categories
Berita Semasa

Politik Amerika di Syria, Pertahankan Assad Atau Pecahbelahkan Syria?

Jumaat, 02-09-2016 – Amerika memiliki persamaan gagasan dengan rejim Syria dan sekutunya bahawa mereka sama-sama mempropagandakan perang terhadap terorisme dan kelompok takfir. Oleh kerana pengendali media massa adalah mereka, maka yang nampak di permukaan bahawa persoalan di Syria adalah perang melawan terorisme dan bukan revolusi rakyat Syria. Amerika fokus memerangi ISIS dan Jabhah Nushrah. Dalam memberikan persenjataan, Amerika mensyaratkan kepada kelompok penentang agar digunakan untuk memerangi ISIS dan bukan rejim Syria.

Ada perkara yang perlu diperjelaskan bahawa yang paling rugi akibat meluasnya wilayah dan pengaruh ISIS di Syria bukanlah rejim Syria (Asad) namun kelompok penentang. Justru rejim Syria paling beruntung kerana pihak penentang dianggap sebagai kelompok takfiri ekstrim. Sehingga kini menjadi ia menjadi alasan mereka untuk terus berbuat kekerasan terhadap kumpulan-kumpulan penentang yang berhaluan Islam moderat dan nasionalis.

Apa yang menjadi tanda tanya besar adalah apabila di awal revolusi meletus pihak rejim membebaskan ratusan kelompok Islam ekstrim. Ini menjadi indikator keinginan rejim Syria agar sosok ekstrim itu tetap wujud di tengah-tengah kelompok penentang untuk merosak dan memalingkan dari kompas peperangan sebenar.

Bagi menilai siapa ISIS barangkali memerlukan kajian khusus. Namun bagaimana ISIS dalam waktu singkat mampu menguasai wilayah Syria dengan pantauan di depan mata dan telinga Amerika dan rejim Syria. Kenapa Amerika – dengan kekuatan militan terbesar dunia – mengumumkan bahwa mereka memerlukan tempoh bertahun-tahun dalam memerangi ISIS? Ini menimbulkan tanda tanya.

sumber : COMES
penterjemah : Osman