
Selasa, 06-09-2016 – Pergerakan Perjuangan Islam Hamas menjelaskan bahawa kerjasama kawalan keselamatan antara pihak berkuasa Palestin (PA) dan rejim Israel di wilayah Tebing Barat boleh menggagalkan proses pilihanraya akan datang.
Jurucakap pergerakan itu, Abdul Latif Qanou berpendapat, tindakan menjalin kerjasama keselamatan dengan tentera rejim Israel, pendakwaan bermotifkan politik dan penahanan ke atas penyokong Hamas oleh pihak PA hanya bertujuan untuk memberi lebih tekanan kepada calon-calonnya yang bertanding di Tebing Barat.
Tambah beliau lagi, pihaknya telah menghubungi wakil-wakil dari parti pembangkang, suruhanjaya pilihanraya dan kumpulan tertentu di Palestin bagi menyerahkan satu dokumen laporan berhubung tindakan kekerasan secara berterusan yang dilakukan oleh pihak PA ke atas Hamas.
sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : zainuddin