
Selasa, 20-09-2016 – Amerika Syarikat dan Israel berada di peringkat akhir bagi perjanjian pakej bantuan ketenteraan terbaru bernilai 38 billion USD yang menjadi rekod bantuan tertinggi, dedah radio Israel.
Kedua-dua pihak telah mencapai kata sepakat bagi bantuan selama 10 tahun dan satu perjanjian dijangka akan ditandatangani minggu ini di mana pihak Israel bersetuju untuk tidak meminta dana tambahan dari pihak Kongres selain jumlah bantuan yang diberi secara tahunan itu, jelas sumber itu.
Menurut sumber itu lagi, ketua perunding Israel, Jacob Nagel yang mewakili Benjamin Netanyahu , Perdana Menteri sebagai ketua Majlis Keselamatan Israel, tiba di Washington semalam bagi menandatangani perjanjian tersebut dengan Penasihat Keselamatan AS, Susan Rice.
sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : zainudin mhd ali