Categories
Berita Semasa

Bot Zaytouna bakal tiba di Gaza dalam tempoh 2 hari, ada ancaman dari Israel (disertakan update terkini dari pihak Rose2Rose)

Jumaat, 07-10-2016 – Bot Wanita ke Gaza, Zaytouna dijangka bakal tiba di pantai Gaza dalam tempoh dua hari lagi dalam usaha simbolik mereka untuk memecahkan kepungan Israel ke atas wilayah kecil itu.

Menurut Jawatankuasa Antarabangsa pengepungan Gaza, kapal al-Zaytouna, membawa 13 aktivis dijangka tiba di pantai Gaza pada petang Rabu atau pagi Khamis sekiranya tiada halangan dari pihak tentera laut Israel ke atas bot tersebut melalui perairan antarabangsa.

Jawatankuasa itu juga menggesa aktivis pro-Palestin pro di seluruh dunia untuk membuat liputan media dan kempen secara besar-besaran bagi mempertahankan kapal tersebut dari sebarang serangan Israel.

*update
Sumber dari Kedutaan Malaysia di Jordan dan Wisma Putra mengesahkan bahawa Dr Fauziah Hasan telah dibebaskan dari Rejim Zionis dan dalam perjalanan pulang ke Malaysia. Ahli misi WBG yang lain juga sudah dibebaskan dan kami menunggu makluman berkenaan butiran mereka.  Nantikan maklumat selanjutnya. (sumber Rose2Rose)

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : nurul husna