
Rabu, 16-11-2016 – Satu keluarga Palestin dipaksa pihak rejim Israel merobohkan 2 buah rumah milik mereka di kawasan penempatan Jabel Mukaber, selatan Baitulmuqaddis kerana dibina tanpa kebenaran.
Menurut kata Mohamed Ja’abis, ahli keluarganya terpaksa merobohkan rumah itu selepas mereka gagal mendapatkan kelulusan pembinaan dari pihak berkuasa Perbandaran Baitulmuqaddis. Tambah Ja’abis lagi, dua rumah tersebut didiami 12 ahli keluarganya termasuk 6 anaknya dan dibina sejak 10 tahun yang lalu.
sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : zainuddin
One reply on “Israel paksa satu keluarga di Baitulmuqaddis roboh rumah mereka sendiri.”
sebegitu kejamnya orang israel kepada warga palestina…. semoga cepat di selesaika masalah masalah disana