Sheikh Salah mogok lapar bagi membantah pengasingan dalam penjara Israel

Rabu, 16-11-2016 – Sheikh Raed Salah, pemimpin Gerakan Islam bagi kawasan Palestin 1948 yang dijajah Israel mengumumkan pada Ahad lepas bahawa beliau memulakan mogok lapar dalam Penjara tahanannya.

Peguamnya, Mohamed Ighbariyeh memberitahu bahawa tindakan itu diambil sebagai langkah membantah tindakan Penjara Rimon di Israel yang melakukan pelbagai jenis salah laku dan mengasingkan beliau di bilik yang berasingan dari tahanan lain.

Ketua Kesatuan Tahanan dari Kesatuan Arab, MK Osama Saadi mengutuk kezalima Israel terhadap Sheikh Salah baik ketika didalam atau diluar penjara. Saadi menegaskan solidariti beliau bersama Sheikh Salah dan menyokong mogok lapar tersebut dan menegaskan ‘tindakan kekerasan Israel terhadap Sheikh Salah walaupun beliau telah dipenjarakan adalah tidak boleh diterima’

Saadi juga menegaskan Israel perlu menghentikan penahanan, salah laku dan hukuman terhadap tokoh yang lantang mempertahankan kesucian masjid Al-Aqsa dan hak penduduk Palestin tersebut.

Sheikh Salah diculik oleh Israel pada 8 Mei yang lepas selepas mahkamah Israel memutuskan hukuman penjara selama 9 bulan atas dakwaan hasutan berkaitan ucapan beliau dalam sebuah perarakan bagi membantah penjajahan Israel pada tahun 2007.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : wea