
Selasa, 06-12-2016 – Ketua Biro Politik Hamas, Khalid Mishaal menggesa negara-negara Arab supaya menggiatkan sokongan terhadap isu-isu Palestin pada pertemuan dan aktiviti yang disertai di peringkat antarabangsa dan terus memberi tekanan pada Israel.
Mishaal menyampaikan ucapan itu pada satu majlis yang dianjurkan oleh Kolej Perundangan Universiti Qatar di Doha sempena sambutan Hari Solidariti Sedunia bagi Penduduk Palestin.
Pemimpin Hamas itu memuji pihak Kolej tersebut yang menganjurkan acara khusus bagi menunjukkan solidariti bagi penduduk Palestin. Beliau menyatakan bahawa ianya adalah acara simbolik bagi mengingati isu-isu Palestin dan merupakan satu usaha penting bagi memastikan isu-isu berkaitan Palestin sentiasa hidup dikalangan masyarakat dunia.
sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : wea