Categories
Berita Semasa

Netanyahu Mengarahkan Penghancuran 42 Buah Rumah Warga Palestin

Selasa, 20-12-2016 – Atas arahan Benjamin Netanyahu, Pihak Majlis Bandaraya dan Keselamatan Israel sedang dalam rangka memusnahkan 42 buah rumah warga Palestin di sebuah perkampungan penduduk Palestin di Jerusalem.

Menurut sebuah laman web Israel, berpuluh-puluh buah rumah dan infrastruktur lain di wilayah Jerusalem dan Negev akan dirobohkan dalam sebuah rancangan penghancuran besar-besaran bangunan yang dilabelkan sebagai pendudukan haram oleh kerajaan Israel.

Walaupun dilabelkan sebagai penempatan haram oleh kerajaan Israel, rumah dan infrastruktur tersebut sebenarnya didirikan diatas tanah persendirian penduduk Palestin tetapi dinafikan hak untuk mendapatkan permit pendudukan sah bagi memudahkan proses penghancuran pada masa akan datang.

Israel telah lama mengamalkan polisi penghancuran sistematik terhadap rumah penduduk Palestin di semua kawasan jajahan, tetapi kebelakangan ini, Netanyahu memutuskan untuk bertindak agresif setelah pemilik tanah di Palestin berjaya mendapatkan perintah mahkamah bagi pengosongan perkampungan Amona oleh peneroka haram Israel yang telah menududuki perkampungan tersebut secara haram dengan bantuan kerajaan Israel.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Shazwan Halim