Categories
Berita Semasa

Syarikat pembekal elektrik Gaza: Jajaran Bagdad putus bekalan.

Selasa, 20-12-2016 – Syarikat pembekal tenaga elektrik di Gaza menyatakan kebimbangan pihaknya berhubung kelewatan pihak Perbadanan Elektrik Israel menyalurkan semula bekalan elektrik di jajaran Bagdad. Bekalan untuk kawasan tersebut telah terputus selama empat hari menyebabkan krisis tenaga elektrik di Semenanjung Gaza bertambah buruk.

Syarikat itu merayu kerajaan Palestin dalam kenyataan akhbarnya, agar mendesak pihak Israel supaya mengambil langkah perlu bagi memenuhi keperluan elektrik untuk kediaman di Gaza dengan menyambung semula bekalan secepat mungkin.

Tegas syarikat itu lagi, gangguan bekalan yang kerap berlaku di kawasan “jajaran Israel” tersebut telah memburukkan lagi krisis bekalan elektrik dan menambah kecelaruan pada jadual pengagihan bekalan elektrik di Semenanjung Gaza.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : zainudin