Categories
Berita Semasa

Tentera Israel musnah berpuluh pokok Zaitun di Qalqilya.

Jumaat, 13-01-2017 – Tentera rejim Israel bertindak memusnahkan berpuluh-puluh pokok Zaitun milik penduduk Palestin di timur bandar Qalqilya, Tebing Barat dipercayai bagi tujuan membina jalan ke penempatan haram Yahudi.

Menurut aktivis tempatan, Musa Tabib, anggota tentera rejim dilihat memasuki tanah pertanian di perkampungan Azzub dan Izbat al-Tabib, Qalqilya di awal pagi dan menebang tanaman tersebut.

Lebih 250 pokok Zaitun ditebang termasuk berpuluh pokok yang berusia puluhan tahun dalam kerja-kerja awal bagi pembinaan jalan yang menghubungkan petempatan Yahudi, Karnei Shomron dengan Alfei Menashe yang mana ia akan dibina di atas tanah milik penduduk Palestin, demikian kata beliau kepada agensi berita Quds.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : zainudin mhd ali