
Jumaat, 27-01-2017 – Pihak Mahkamah Zionis di al-Quds pada hari Isnin (23/1/2017) membuat keputusan menjatuhkan hukuman tahanan rumah dan penjara serta pengusiran dan penahanan terhadap para pemuda dan aktivis dari kota al-Quds.
Sumber dari pihak Hak Asasi Manusia menyebutkan bahawa mahkamah Zionis menjatuhkan hukuman tahanan rumah selama 10 hari terhadap Mundzir Qanbar dari Jabal Mukabbir di selatan al-Quds, disamping penahanan selama 180 hari dan membayar denda sebanyak seribu shekel dan pendandatanganan jaminan dari pihak ketiga sebanyak 10 ribu shekel, sebelum beliau dibebaskan dari penjara Zionis.
Mahkamah Zionis juga membebaskan anggota jawatankuasa pamantau perkampungan Isawiyah, Muhammad Abu Himsh dengan syarat beliau perlu diusir dari perkampungan tersebut selama seminggu dan membayar wang jaminan sejumlah 1500 shekel serta penandatanganan jaminan pihak ketiga sebanyak lima ribu shekel.Selain itu, mahkamah penjajah Zionis menjatuhkan hukuman penjara 6 tahun 10 bulan ke atas Thariq Darwis, 5 tahun 9 bulan ditambah denda 5 ribu shekel ke atas Yusuf Ilyan dan hukuman dua tahun ditambah denda 2500 shekel terhadap Luai Abu Himsh.
sumber : COMES
penterjemah : Osman