
Isnin, 06-02-2017 – Majlis Persahabatan Eropah-Palestin menyambut baik resolusi Majlis Dewan Parlimen Eropah (PACE) yang mengesahkan bahawa rejim Israel telah membunuh penduduk awam Palestin di luar batas undang-undang di Semenanjung Gaza sejak beberapa tahun lalu dan ianya telah memburukkan lagi krisis kemanusiaan di wilayah yang terkepung itu.
Perwakilan PACE telah mengundi menyokong resolusi tersebut berdasarkan kepada satu laporan berhubung situasi kemanusiaan di wilayah itu di mana rejim Israel secara sengaja dan tidak dibenarkan telah memberi tekanan berlebihan terhadap masyarakat awam di Gaza.
Menurut laporan yang dibentangkan kepada perhimpunan yang dianggotai oleh 324 perwakilan dari 47 buah negara, pada 4 Januari, 2017 itu menyatakan, “Kes-kes menembak mati secara sengaja dan kejam, individu yang tidak merbahaya menjelaskan bahawa telah berlaku pembunuhan secara terancang di luar batas undang-undang.”
sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : zainudin mhd ali