
Selasa, 07-02-2017 – Aktivis Palestin menegaskan bahawa penangkapan wartawan Palestin, Mohammed al-Qiq oleh pihak berkuasa Israel (IOA) adalah suatu tindakan yang tidak wajar kerana ianya tidak mempunyai justifikasi undang-undang.
Naser Abu Bakr, wakil wartawan Palestin berkata bahawa penangkapan wartawan, al-Qiq merupakan suatu tindakan yang sengaja dilakukan oleh Israel dimana mereka mensasarkan wartawan Palestin dalam usaha untuk memutarbelitkan kebenaran.
Sementara itu, Ketua Jawatankuasa Kebebasan, Mohammed al-Lahham, menegaskan bahawa ahli-ahli Sindiket Wartawan Palestin (PJS) akan terus mempertahan al-Qiq dan semua wartawan yang ditahan menggunakan undang-undang yang ada, terutama sekali mereka yang ditahan kerana kerja-kerja mereka di dalam bidang kewartawanan.
sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Nurul