Rabu, 15-02-2017 – Pejabat Media Banduan menafikan apa yang telah dilaporkan di media berhubung perjanjian antara tahanan Palestin dan Perkhidmatan Penjara Israel (IPS) telah dicapai.
Abdurrahman Shadid, Ketua Pejabat Media Banduan, menegaskan bahawa rundingan masih berlaku di antara kedua-dua pihak dan tiada perjanjian telah dicapai lagi.
Shadid memberitahu wartawan PIC bahawa tahanan Palestin baru sahaja memulakan sesi perbincangan baru dengan IPS. Beberapa isu telah dipersetujui dan lain-lain masih dalam perbincangan, katanya.
Penjara Israel menyaksikan, awal Februari, serbuan besar-besaran dan kempen pencegahan oleh Angkatan Khas Israel. Ini membawa kepada dua serangan menikam oleh tawanan Palestin terhadap warden penjara Israel sebagai reaksi kepada serangan tersebut.
sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : ameen