
Selasa, 22/05/07 –
Menteri Keselamatan Dalam Negeri Israel, Afi Dikhter berkata kepada radio tentera penceroboh itu bahawa Israel akan membunuh Ketua Biro Politik Hamas, Khalid Meshal.
Beliau menjelaskan bahawa Meshal “menjadi sasaran kepada lebih banyak perancangan lagi. Dan saya berpuas hati kita akan hapuskannya meskipun misi ini begitu sukarâ€. Beliau juga mengatakan tentang kemampuannya untuk membunuh Perdana Menteri Palestin, Ismail Haniyeh sekiranya beliau terlibat dalam mengeluarkan arahan pelancaran roket.
Menteri Alam Sekitar, Jedun Izra juga mengeluarkan ugutan yang sama kepada anggota pemimpin politik Hamas antaranya Ismail Haniyeh, sekiranya bedilan roket masih lagi berterusan sambil berkata bahawa Haniyeh “telah menyarankan semalam agar terus melakukan bedilan roketâ€.
Dalam pada itu, Menteri Infrastruktur, Benjamin Ben Eliazir berkata kepada radio Israel bahawa beliau tidak membezakan antara orang yang melancarkan roket dan orang yang memberikan arahan.
Kenyataan tersebut dikeluarkan berikutan kerajaan bersetuju supaya unit keselamatan Israel “memperhebatkan serangannya dengan tujuan untuk menghentikan bedilan serta memusnahkan infrastruktur pengganas yang bertanggungjawab melakukan bedilan tersebut.â€
One reply on “PANAS !! Haniyeh Dan Meshal Diugut Bunuh.”
this is exactly the post I needed to see!