
Isnin, 22-05-2017 – Pasukan Keselamatan Israel menahan semula (IOF) banduan Palestin yang telah dibebaskan, Ahmad Qatamish selepas menyerbu rumah keluarganya di bandar al-Bireh dan membawanya ke destinasi yang tidak diketahui. Suha al-Barghouti, isteri Qatamish, memberitahu Quds Press bahawa tentera IOF memecah masuk ke rumah dengan memecahkan pintu bahagian luarnya.
Barghouti berkata bahawa suaminya, yang bekerja sebagai seorang penulis dan ahli akademik, ditahan lebih daripada sekali sejak tahun 1969 dan beliau telah menghabiskan kira-kira 13 tahun dalam penjara Israel termasuk 10 tahun dalam tahanan pentadbiran.
Beliau menegaskan bahawa Qatamish mengalami beberapa penyakit kronik yang memerlukan rawatan perubatan secara tetap, yang tidak boleh didapati di penjara Israel.
sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Syed Ahmad Muhsin