
Khamis, 25-05-2017 – Ketua Biro Politik Hamas, Ismail Haneya berharap kerajaan Qatar dapat menumpukan sepenuh usahanya bagi menamatkan tragedi kemanusiaan di Semenanjung Gaza yang berlaku sejak lebih 10 tahun itu.
Semasa berucap dalam majlis perasmian kediaman duta Qatar serta pejabat Jawatankuasa Pembangunan Semula Gaza, Haneya menyatakan rasa terima kasihnya kepada kerajaan tersebut atas segala usaha dan projek yang dijalankan dan itu semua telah menguatkan lagi semangat penduduk Gaza untuk terus bersabar.
Menurut kata duta itu, Mohammmad al-Emadi yang juga ketua jawatankuasa, keadaan semasa krisis eletrik di wilayah itu semakin buruk dan menyatakan pihaknya sedang berusaha bersama PBB dan pihak-pihak lain untuk menyelesaikan krisis tersebut walaupun beliau menyatakan ia sebagai sesuatu yang ‘sangat rumit’.
sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : zainudin mhd ali