Categories
Berita Semasa

Israel Serbu Perkampungan Yanun di Timur Nablus

Selasa, 06-06-2017 – Pasukan militan penjajah Zionis pada Ahad (4/6/2017) petang menyerbu kampung Yanun di Aqraba di timur Nablus, wilayah utara Tebing Barat, bersama pakar arkeologi Zionis. Mereka menggeledah sebahagian rumah lama di kampung tersebut dan berusaha masuk ke dalam masjid. Seorang penduduk, Muhammad Abu Haniyah menyebutkan bahawa penyerbuan berlaku pada Ahad petang sehingga waktu berbuka puasa. Mereka menaiki kereta awam yang di dalamnya para tentera berpakaian seragam. Abu Haniyah menjelaskan bahawa mereka berusaha masuk ke dalam masjid lama di kampung tersebut.

Namun mereka dihalang kerana di dalam masjid ada jamaah yang sedang beribadah. Mereka akhirnya hanya mengambil gambar dalam masjid. Pakar arkeologi yang ikut serta dalam penyerbuan mendakwa bahawa tembok selatan masjid melencong 10 darjah dari kiblat dan mengarah persis ke Baitul Maqdis, hal ini menunjukkan bahawa masjid tersebut “bukan tempat ibadah umat Islam”.

Abu Haniyah menyatakan bahawa aktiviti penggalian sudah dilakukan di rumah-rumah yang sudah ditinggalkan penghuninya yang berada dekat dengan masjid. Penggalian dilakukan dengan alasan untuk mencari jejak peninggalan Yahudi dengan menggunakan peralatan yang mereka bawa.

sumber : COMES
penterjemah : Osman