
Khamis, 08-06-2017 – Hamas pada Isnin lepas menyatakan bahawa menguatkan barisan pertahanan dan keupayaan penentangan adalah satu-satunya jalan untuk mengelakkan tragedi Naksa 1967 dari berulang.
Dalam kenyataannya sempena memperingati 50 tahun tragedi Naksa, Hamas menekankan bahawa tragedi Naksa bukanlah pengakhiran terhadap perjuangan Palestin tetapi titik tolak penting dalam mengembalikan maruah dan hak penduduk Palestin.
Hamas menegaskan bahawa mencapai kata sepakat dalam isu nasional dan penentangan terhadap rejim Israel adalah langkah pertama dalam mencapai kesepakatan di rantau Arab dan negara-negara Islam.
Hamas turut menggesa agak sekatan ditamatkan dan pintu sempadan dibuka semula untuk penduduk Gaza. Gerakan itu turut menyatakan kekecewaan terhadap perkembangan terbaru di negara Arab dan negara Islam yang sedikit sebanyak turut mempengaruhi perjuangan dan usaha meraih sokongan dalam isu Palestin.
sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : wea