
Isnin, 28-08-2017 – Pihak Berkuasa Israel (IOA) telah membebaskan Imam Palestina, Sheikh Nour al-Deen al-Rajabi pada Isnin lalu, namun mereka mengenakan syarat yang beliau tidak dibenarkan untuk memasuki Baitulmaqdis serta perlu membayar denda sehingga 5,000 syikal.
IOA memutuskan bahawa Sheikh al-Rajabi diusir dari Baitulmaqdis dan Kota Lama selama satu minggu dan menyebabkan beliau tidak dapat berhubung dengan beberapa orang rakan yang disenarai hitamkan selama satu bulan.
Pihak Israel akan memanggil Sheikh al-Rajabi untuk disoalsiasat di pusat tahanan al-Mascoubiya. Dia kemudian ditahan dan remannya dilanjutkan sementara menunggu perbicaraan di mahkamah.
sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : nurul