Categories
Berita Semasa

Hamas: Perang semakin hampir.

Isnin, 28-08-2017 – Pergerakan Perjuangan Islam Hamas menyeru penduduk Palestin di Baitulmuqaddis agar berdiri teguh menghadapi perancangan tersusun pihak Yahudi ke atas kota tersebut.

Seruan Hamas itu dinyatakan sempena sambutan ulang tahun ke 48 bagi memperingati peristiwa pembakaran Masjidil al-Aqsa oleh seorang pelampau Yahudi, Michael Rohan. Pergerakan itu juga mengingatkan bahawa masjid itu berkemungkinan akan terus diserang pihak Yahudi.

Pertubuhan itu memuji penduduk dan warga Palestin yang tinggal di Baitulmuqaddis, Tebing Barat dan Semenanjung Gaza yang menunjukkan tanda sokongan pada masjid al-Aqsa, baru-baru ini dan menekankan akan kepentingan perpaduan negara dalam melindungi tempat suci itu dan seterusnya mempertahankan negara Palestin.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : zainudin mhd ali