Israel Kembali Menyerang, 3 Penduduk Awam Cedera


Isnin, 11/06/07 –Tiga orang tercedera akibat gempuran senjata Israel pagi tadi (Ahad 10/6) di beberapa kawasan di Semenanjug Gaza. Sumber tempatan menyebutkan, serangan Israel kali ini menghancurkan beberapa tempat umum dan menimbulkan ketakutan di kalangan penduduk awam.

Sementara itu menurut pihak perubatan Palestin, enam warga Palestin cedera akibat tembakan mortar dan peluru berpandu dari helikopter Appache Israel di tiga tempat berbeza di Gaza.

Pengarah Bahagian Kecemasan Palestin, Dr Muawiyah Husnain mengatakan, tiga penduduk berasal dari wilayah Syaikh Ridwan, dua dari wilayah Benteng Karomah bahagian utara Gaza dan yang keenam berasal dari Pusat Penelitian dan Pengkajian Palestin di bahagian barat kota.

Husnain menyebutkan tentang masalah jarak yang terlalu jauh di samping ancaman serangan susulan Israel mengakibatkan bantuan datang lambat.
Serangan ini berlaku sejurus Hamas dan Fatah sepakat untuk membentuk dewan kawalan
dan seruan pemerintah Palestin agar pihak tenteranya lebih proaktif dalam menjaga keselamatan warga awam.