Categories
Berita Semasa

Abbas: Pengisytiharan Trump ke atas BaitulMaqdis telah Memaksimumkan Pembersihan Etnik

Jumaat, 8-12-2017 – Presiden Palestin, Mahmoud Abbas berkata bahawa dengan pengisytiharan BaitulMaqdis sebagai ibukota Israel oleh Presiden A.S., Donald Trump menunjukkan bahawa beliau telah memilih untuk mengabaikan semua resolusi antarabangsa dan menggalakkan Israel untuk mengetatkan dasar pendudukan, penyelesaian, apartheid dan pembersihan etnik.

“Negara sedang berada pada saat yang kritikal hari ini, berikutan langkah-langkah yang diumumkan oleh pentadbiran Amerika Syarikat di BaitulMaqdis,” kata Abbas. “Pentadbiran AS telah memilih untuk melanggar semua resolusi dan perjanjian antarabangsa. Mereka lebih memilih untuk mengabaikan dan bertentangan dengan konsensi antarabangsa yang dilaungkan oleh pelbagai negara, pemimpin dunia, pemimpin dan organisasi keagamaan selama beberapa hari yang lalu mengenai BaitulMaqdis. ”

“Langkah-langkah yang tidak wajar ini merupakan usaha yang merosakkan seluruh usaha damai dan pengisytiharan ini menunjukkan bahawa Amerika Syarikat telah menarik diri dari memainkan peranan dalam proses perdamaian yang telah dimainkannya selama beberapa dekad yang lalu,” tambahnya.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : nurul