Categories
Berita Semasa

Rejim Zionis Tahan Pemuda Cedera di Nablus

Rabu, 10-01-2018 – Angkatan Keselamatan Israel (IOF) menahan seorang pemuda Palestin dari pekan Salem, di timur wilayah Nablus. Para saksi melaporkan kepada wartawan PIC bahawa pemuda tersebut, Madi Hamed Ashtiyeh ditangkap selepas cedera sewaktu pertempuran di bahagian timur bandar.

Pekan Salem baru-baru ini menyaksikan pertempuran hampir setiap hari antara pemuda tempatan dan askar IOF, di mana berpuluh-puluh ditangkap atau cedera. Sejak permulaan gelombang kemarahan Palestin terhadap pengiktirafan Presiden AS Donald Trump terhadap BaitulMaqdis sebagai ibu negara Israel pada 7 Dis, 17 orang Palestin terbunuh manakala 3500 yang lain cedera di Tebing Barat dan jalur Gaza.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Syed Ahmad Muhsin