Jumaat ,23-03-2018 – Tentera rejim Israel dilaporkan mengadakan latihan ketenteraan menggunakan peluru hidup di Khirbet al-Tawil, sebuah perkampungan terpencil yang terletak di utara bandar Nablus, bahagian utara Tebing Barat.
Salah seorang ahli jawatankuasa pertubuhan Anti Penempatan Haram di Nablus, Yousef Derieh memberitahu Quds Press bahawa tentera rejim menjalankan latihan ketenteraan itu dengan menggunakan peluru hidup.
Beliau menyatakan lagi, pihak tentera rejim tidak memberitahu penduduk yang tinggal di situ tentang adanya latihan tersebut dan berapa lama ia akan diadakan menyebabkan mereka berasa bimbang sepanjang masa serta terdedah kepada bahaya. Lebih malang lagi, latihan ketenteraan itu tetap diteruskan biarpun kawasan itu masih dihuni warga Palestin.
sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : zainudin mhd ali