Categories
Berita Semasa

Polis Israel halang pekerja wakaf dari masuki Masjidil al-Aqsa.

Khamis, 19-07-2018 – Unit perisikan polis Israel menghalang seorang wanita Palestin yang bekerja dengan Jabatan Wakaf Islam, Baitulmuqaddis dari memasuki ruang sembahyang di dalam Masjidil al-Aqsa untuk tempoh tiga hari.

Sehari sebelumnya, unit perisikan polis Israel telah mengarahkan pekerja itu, Najwa al-Shakhshir hadir ke sesi soal siasat di bilik siasatan polis di Qashalaeh yang terletak di Bab al-Khalil, Kota Lama Baitulmuqaddis yang dikuasai Israel. Selepas disoal siasat, wanita itu telah dibebaskan tetapi ditahan semula untuk disoal siasat dan kali ini lebih lama sebelum diperintahkan untuk tidak memasuki ruang tersebut.

Seorang lagi pekerja wanita di masjid itu, Bayan al-Shaikh turut menerima nasib yang sama, di mana dia telah diarahkan untuk menghadiri sesi soal siasat di tempat yang sama.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : zainudin