Categories
Berita Semasa

Jordan mengutuk sekeras-kerasnya pencerobohan besar-besaran Israel di Masjid Aqsa

Selasa, 24-07-2018 – Jordan berkata pada Ahad yang ia membantah keganasan Israel di Masjid Al-Aqsa Baitulmuqaddis apabila ratusan pendatang Israel memasuki kawasan itu secara paksa.

Dalam satu kenyataan, jurucakap kerajaan Jumana Ghunaimat berkata yang kedutaan Jordan di Tel Aviv telah membuat aduan rasmi ke atas kementerian luar Israel di atas perlakuan ganas tersebut.

“Perlakuan tersebut mencemarkan kesucian kawasan suci itu dan mencetuskan kemarahan mereka yang beribadah dan juga umat Islam seluruh dunia,” beliau berkata dalam kenyataan yang dipetik oleh agensi berita rasmi Petra.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : nor idawati