Selasa, 24-07-2018 – Dua penduduk Gaza cedera berikutan serangan udara tentera rejim zionis Israel yang mensasarkan sekumpulan warga Palestin di timur Jabalia, utara Semenanjung Gaza.
Laporan berita Palestinian Information Centre (PIC) menyatakan bahawa dron rejim melancarkan sekurang-kurangnya sebutir peluru roket ke arah sekumpulan pemuda Palestin dan peluru itu jatuh berdekatan perkhemahan yang mereka dirikan sempena perhimpunan Great March of Return di timur Jabalia. Menurut kenyataan Kementerian Kesihatan Gaza, dua pemuda Palestin cedera dalam serangan itu, bagaimana pun kecederaan mereka tidak teruk.
sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : zainudin mhd ali