Sami Abu Zuhri : Tuduhan Abbas Tidak Berasas.


Jumaat, 13/07/07 –
Sami Abu Zuhri, jurucakap rasmi Hamas di Semenanjung Gaza menggambarkan tuduhan Presiden Palestin Mahmoud Abbas terhadap Hamas yang mempunyai unsur-unsur Al-Qaeda sebagai perkembangan serius dalam usahanya menyaingi Hamas dan sebagai hasutan bagi mencetuskan suasana tidak tenteram seterusnya membawa kuasa-kuasa antarabangsa ke Semenanjung Gaza.

Abu Zuhri menuduh hasutan Abbas sebagai sebahagian kempen antarabangsa terhadap Hamas dan mempersoalkan Abbas: “Jika anda berkata benar, mengapa tidak anda cuba memberkas unsur-unsur ini apabila keselamatan di Semenanjung Gaza dan pasukan keselamatan anda adalah di bawah kawalan anda ?!”

Selain itu, Abu Obaida, jurucakap Briged Qassam menafikan tuduhan yang dibuat oleh Abbas bahawa Hamas mempunyai kaitan dengan Al Qaeda dan membenarkan ia menubuhkan sebuah tempat operasi di Gaza.

Abu Obaida menekankan apa yang berlaku di Gaza “hanyalah kebangkitan penduduk Palestin dan kuasa-kuasa penentangan yang dipelopori oleh Briged Qassam bagi menentang rasuah dan sekutu-sekutu Israel yang telah mengenakan agenda asing terhadap penduduk Palestin.”

Belaiu menambah: “Tuduhan karut ini yang sesekali keluar dari mulut Abbas membuktikan tanpa sebarang keraguan bahawa lelaki ini dalam keadaan sangat serabut dan tidak tahu apa yang dilakukannya,” dan usaha menjemputnya kembali ke sayap keselamatan pasukkannya sudah terlewat.

P.E SelanjuriTwo: Dalam pada itu, Barisan Pembebasan Popular Palestin – Perintah Am (PLFP-GC) mengecam tuduhan Abbas terhadap Hamas yang mempuyai kaitan dengan Al Qaida dan menganggapnya sebagai satu hasutan keras bagi mengepung penduduk Palestin di Semenanjung Gaza dan satu kenyataan dalaman beliau.

PFLP-GC menyeru Abbas untuk “mempertimbangkan semula jawatannya dan kenyataan-kenyataannya serius beliau untuk memecahkan kitaran kebencian politik dan untuk kembali berdialog demi perpaduan negara.”