Jumaat , 07-12-2018 – Ahli parlimen dari pihak Hamas, Hamas’s Change and Reform Bloc (CPRB) menandatangani memorandum persefahaman dengan pihak kongres dari Afrika, African National Congress’s (ANC) pada hari Isnin lalu.
MoU itu ditandatangani oleh Mahmoud al-Zahar dari CPRB dan diwakili Jackson Mthembu dari ANC, dan bertujuan untuk memperkenalkan langkah-langkah praktikal dalam menggerakkan komuniti antarabangsa untuk menekan Israel untuk menamatkan penjajahan ke atas Palestin, termasuk bekerja ke arah memboikot semua produk Israel.
Menurut MoU, ANC akan menggunakan kuasa pengawasan parlimen Afrika Selatan untuk memastikan bahawa resolusi ANC 2017 untuk menurunkan kedutaan Afrika Selatan di Tel Aviv ke pejabat penghubung, dilaksanakan oleh kerajaan Afrika Selatan. Langkah itu dialu-alukan oleh beberapa kumpulan pro-Palestin di Afrika Selatan.Pada tahun 2015, ANC telah mewujudkan hubungan parti-parti rasmi dengan Hamas.
sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : fauzan