
Jumaat, 13/07/07 –Wartawan Aljazeera di Beirut berkata, Hizbullah telah membuat keputusan untuk menghadiri persidangan San Clo di Perancis. Ia khusus untuk membincangkan mengenai rundingan antara pihak Lubnan. Sumber tersebut berkata, Hizbullah menganggap keterangan presiden Perancis yang menyatakan bahawa Hizbullah diketepikan daripada senarai pertubuhan pengganas dan Perancis tidak berhasrat untuk mengetepikannya, adalah sebagai penjelasan yang boleh diterima.
Jurucakap presiden Perancis, David Martinon yang memetik dari Presiden Nicola Sarcozy sebagai berkata, Hizbullah adalah pertubuhan pengganas. Wartawan Hizbullah tersebut dimaklumkan, boikot yang dilakukan oleh Hizbullah akan diiringi dengan tiada penyertaan oleh parlimen Nabih Barri serta Parti Kebangsaan Bebas yang dipimpin oleh Michele Aun. Pemboikotan oleh pembangkang terhadap persidangan Paris itu bertujuan untuk menggagalkannya atau membatalkannya terus.
Sarcozy berkata pada Isnin lalu dalam pertemuannya dengan dua keluarga tentera Israel yang ditahan oleh Hizbullah bahawa beliau mahu bertemu pihak-pihak di Lubnan pada 14 , 15 dan 16 haribulan ini supaya “Hizbullah menghentikan kegiatan keganasannya dan menjadi parti politik seperti parti-parti lain.
Kenyataan Sarcozy dikeluarkan secara mengejut, terutama Perancis telah mengundang Hizbullah bagi menghadiri rundingan itu di San Clo, tidak jauh dari Paris.