Ahli Parlimen Hamas temui pegawai kerajaan Afrika Selatan.

Jumaat , 07-12-2018 – Delegasi anggota parlimen Hamas mengadakan pertemuan dengan Menteri Pembangunan Perniagaan Kecil Afrika Selatan Lindiwe Zulu, Penasihat Menteri Luar dan beberapa pegawai kanan kerajaan yang lainnya.


Delegasi dari kalangan kumpulan Perubahan dan Pembaharuan Hamas itu disertai antaranya termasuklah Mahmud al-Zahar, Marwan Abu Ras, Mushir al-Masri dan Mohammed al-Ghul.


Ketua delegasi, Mahmud al-Zahar menzahirkan rasa terima kasihnya kepada Afrika Selatan atas peranan penting yang dimainkan negara itu dalam membantu rakyat Palestin.

sumber : http://english.palinfo.com

penterjemah : zainudin