Jumaat , 28-12-2018 – Mahkamah tentera Israel di Ofer menjatuhkan hukuman pernjara selama 35 tahun terhadap remaja Palestin, Ayham Sabah, 17, pada Isnin lalu.
Suruhanjaya Tahanan Palestin berkata bahawa remaja itu juga diperintahkan untuk membayar denda sebanyak satu juta shekel (kurang daripada $ 300,000).
Sabah, dari kem pelarian Qalandia, utara Baitulmuqaddis, ditahan pada tahun 2015 bersama seorang lagi remaja Palestin berusia 14 tahun kerana didakwa melakukan serangan yang melibatkan tikaman di sebuah pasaraya di dalam penempatan Tebing Barat.
sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : nurul