Categories
Berita Semasa

Pendatang Yahudi conteng kenderaan penduduk Palestin.

Jumaat , 01-02-2019 – Kejadian pendatang haram Yahudi menceroboh masuk ke wilayah Tebing Barat pada waktu awal pagi dan menconteng kenderaan milik penduduk Palestin dengan perkataan berbau perkauman dilaporkan telah berlaku.

Menurut kata saksi, sekumpulan pendatang Yahudi dilihat datang  ke perkampungan al-Lubban ash-Sharqiya yang terletak di Nablus, utara Tebing Barat dan menconteng tiga buah kenderaan kepunyaan penduduk tempatan dengan ayat-ayat perkauman dalam tulisan bahasa Yahudi.

Hampir setiap hari, pendatang Yahudi datang menceroboh masuk ke kawasan perkampungan dan juga bandar yang diduduki warga Palestin di wilayah Tebing Barat. Pada masa ini, mengikut statistik Israel terdapat kira-kira 430,000 Yahudi tinggal di wilayah itu.

sumber : http://english.palinfo.com

penterjemah : zainudin