Categories
Berita Semasa

Faris Barud Meninggal Dunia Setelah 28 Tahun Dipenjara Israel

Selasa, 12-02-2019 - Faris Barud, 51 tahun, tawanan Palestin tertua dari Semenanjung Gaza, meninggal dunia di penjara penjajah Israel setelah kesihatannya semakin teruk kerana kelalaian pihak perubatan otoriti penjajah Israel. Suasana panas dan tegang menyelimuti penjara-penjara Israel setelah tersiar khabar kematian Faris Barud. 

Pihak berkuasa penjajah Israel memindahkan Faris Barud ke bahagian rawatan intensif di Hospital Penjara Raymond setelah keadaannya semakin tenat akibat masalah jantung yang dialaminya. Dengan kematian Faris Barud ini, maka jumlah tawanan Palestin yang meninggal di penjara penjajah Israel adalah seramai 218 orang. Faris Barud berasal dari kem pelarian Shati di barat kota Gaza, beliau termasuk tawanan paling lama yang ditahan sebelum penandatanganan perjanjian Oslo.

Dia ditangkap pada tahun 1991 dan dijatuhkan hukuman penjara seumur hidup. Beliau tidak boleh dikunjungi keluarganya sejak 18 tahun yang lalu. Terakhir Barud berada di penjara Raymond. Beliau berpindah-pindah di beberapa penjara penjajah Israel dan diasingkan beberapa kali selama bertahun-tahun penahanannya iaitu lebih dari 28 tahun. Pasukan penjajah Zonis menangkap Faris Barud pada 23 Mac 1991 dan dijatuhi hukuman penjara seumur hidup kerana didakwa membunuh seorang penduduk Israel.

sumber : https://melayu.palinfo.com
penterjemah : Osman