
Jumaat, 20/07/07 –
Seorang pemuda Palestin yang di kenali sebagai Zuhdi Hillis, 23, yang juga merupakan salah seorang pejuang Bridged Qassam telah meninggal dunia Khamis lalu. Zuhdi Hillis telah cedera teruk selama 3 minggu lalu akibat serangan kereta kebal yang dilancarkan oleh tentera Israel di Shujaia
Sumber juga memberitahu pemuda tersebut meninggal dunia di Hospital di bumi Palestin yang telah di jajah sejak 1948. Setakat ini, jumlah kematian di laporkan seramai 9 orang akibat dari serangan di Shujaia. Jenazah pemuda tersebut bakal di semadikan di Semenanjung Gaza.
Sementara itu, Bridged Qassam melaungkan penuntutan bela atas kematian Zuhdi Hillis sambil menyifatkan serangan tentera Israel ke atas pejuang mereka akan meningkatkan lagi tentangan terhadap pihak Zionis