Categories
Berita Semasa

2 warga Palestin ditahan ketika sertai protes membantah rumah diroboh.


Selasa , 26-03-2019 – Sekumpulan penduduk bandar Qalansuwa yang terletak di wilayah Palestin yang dikuasai Israel bertindak menutup jalan masuk ke bandar itu sebagai tanda protes ke atas polisi meroboh rumah kediaman yang berterusan diamalkan rejim Israel.

Portal Arab 48 berkata, ramai anggota polis rejim ditempatkan di sekitar bandar itu dan dua peserta iaitu Hassan Kamal dan Diaa Tayeh telah ditahan atas alasan “menganggu tugas awam”.

Penunjuk perasaan yang membawa sepanduk turut melaungkan desakkan agar tindakan meroboh rumah milik warga Palestin yang dilakukan sewenang-wenangnya dihentikan serta mengancam akan meningkatkan lagi bantahan yang telah mereka mulakan sejak dua bulan lalu itu.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : zainuddin