Categories
Berita Semasa

Hamas menyelar serangan Zionis terhadap pejabat media Gaza.

Selasa , 07-05-2019 – Ketua Hamas, Raafat Murra pada ahad lalu mendakwa bahawa askar penceroboh dari negara haram Israel telah mensasarkan serangan keatas pejabat-pejabat media didalam pencerobohan di semenanjung Gaza. 

Murra telah mengutuk serangan askar negara haram Israel terhadap pejabat agensi Anadolu dan menegaskan bahawa serangan tersebut adalah keganasan dan disengajakan.

Beliau juga menegaskan bahawa Hamas menyokong sepenuhnya kesemua media berita Palestin, negara-negara Arab dan media antarabangsa yang sentiasa melaporkan kejadian yang berlaku di Palestin secara objektif dan profesional. 

Pesawat perang dari negara haram Israel telah melakukan pengeboman menggunakan peluru berpandu terhadap pejabat agensi media Anadolu dan pejabat media tahanan Palestin semasa serangan udara besar-besaran terhadap Gaza pada hari sabtu yang lepas. 

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : hanafi