Selasa , 25-06-2019 – Gerakan Hamas berkata yang pendedahan oleh penasihat atasan Rumah Putih, Jared Kushner tentang aspek ekonomi dalam rundingan merupakan cara untuk merubah matlamat sebenar rakyat Palestin kepada imbalan wang. Hamas turut menyifatkan hal itu sebagai pertukaran yang tidak berbaloi.
Dalam satu kenyataan akhbar pada Sabtu, jurucakap Hamas Fawzi Barhoum menegaskan yang rakyat Palestin tidak akan membenarkan rundingan yang dicurigai itu berjaya.
“Kami sedar tentang bahaya perancangan Amerika Syarikat itu. Malah ada pihak yang bersetuju dengan mereka. Tetapi kami dari gerakan Hamas akan memastikan sebarang projek yang bermuslihat tidak akan berjaya,” Berhoum menyambung.
sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : nor idawati