Categories
Berita Semasa

Haniyah: Palestin Bukan Untuk Dijual

Khamis , 27-06-2019 -  Ketua Biro Politik Hamas, Ismail Haniyah, Selasa (25/6/2019) malam, mengatakan bahawa "Palestinat bukan untuk dijual. Juga bukan untuk penawaran kesepakatan dan persidangan yang membahaskan penambahan pendudukan penjajah Israel di tanah Palestin." Hal teresbut disampaikan Haniyah dalam Persidangan Nasional Palestin Untuk Melawan Persidangan Bahrain.  

Beliau mengatakan, "Kami katakan dengan jelas dan terang: Palestin bukan untuk dijual atau untuk transaksi kesepakatan dan persidangan." Beliau menegaskan bahawa "rakyat Palestin ketika ini berdiri di satu parit dan dalam satu bingkai dalam melawan kesepakatan-kesepakatan tersebut." Haniyah mengatakan, "Rakyat Palestin hari ini menentang Persidangan Bahrain sebagai bentuk intifadhah baru dan revolusi politik.

Ini Kerana mereka merasakan adanya ancaman strategi yang belum pernah terjadi sebelumnya terhadap isu perjuangan Palestin. " Beliau menyatakan, "Rakyat Palestin tidak pernah mendelegasikan kepada sesiapa pun yang berkompromi dan melepaskan hak-haknya. Tanah ini milik kami, Al-Quds milik kami, kita dan Allah dengan kekuatan-Nya bersama kami." Dia menyatakan bahawa Persidangan Bahrain adalah persidangan bermotifkan politik dan ekonomi. Amerika tidak akan berjaya menjayakan kesepakatan-kesepakatan ini.

sumber : https://melayu.palinfo.com/
penterjemah : osman