
Selasa, 14/08/07 – Rejim Zionis semalam (14/08/07) telah menculik 20 warga Palestin di pelbagai tempat di Tebing Barat
terutama di daerah Jenin di mana lapan di culik termasuk 2 adik beradik disyaki penyokong Hamas.
Jurucakap rejim Zionis berkata penangkapan dibuat di Jenin, Al-Khalil, Bethlehem, Qalqilia dan Ramallah.
Penduduk setempat di Al-Khalil berkata 8 rakyat Palestin telah diculik ditangan rejim Zionis di kem pelarian Arub
dan 2 perkampungan lain.
Di Nablus, tentera rejim telah menyerbu bandar di waktu subuh dan menceroboh beberapa rumah tetapi
tiada tangkapan dibuat.
Di Salfit, penduduk merayu kepada pihak berwajib untuk memberi tekanan kepada rejim Zionis
agar membuka semula laluan utama ke bandar. Penutupan berterusan terhadap jalan berkenaan
akan memberi kesan negatif kepada pertumbuhan ekonomi.