Categories
Berita Semasa

Gaza: Tiada bekalan ubat bagi pesakit yang menghidap penyakit berkaitan darah.

Khamis , 01-08-2019 – Kementerian Kesihatan Palestin di Gaza memberi amaran akan bahaya yang boleh mengancam nyawa ramai penghidap Thalassemia dan Hemophilia disebabkan ketiadaan beberapa jenis ubat bagi merawat penyakit tersebut.

Semasa sidang media yang diadakan di European Hospital di Khan Younis, pegawai kesihatan kementerian itu, Hani Ayyash yang merupakan seorang pakar penyakit darah merayu kepada semua pihak berkaitan dan sesiapa yang mahu membantu Gaza supaya dapat menghulur bantuan dengan membekalkan ubat-ubatan yang pesakit seperti mereka itu perlukan dan bagi membolehkan mereka terus hidup.

Beliau menjelaskan bahawa kekurangan bekalan ubat-ubatan untuk penghidap barah darah boleh menyebabkan mereka mengalami komplikasi kesihatan yang serius dan juga membawa maut.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : zainudin