Categories
Berita Semasa

Kanak-kanak 6 Tahun Menjadi Buruan Israel


Khamis , 01-08-2019 - Tidak peduli bahawa tindakannya telah melanggar undang-undang, norma dan peraturan antarabangsa, Israel terus melakukan pelanggaran berat hak asasi manusia terhadap kanak-kanak Palestin. Pihak Otoriti penjajah Israel di al-Quds memburu seorang kanak-kanak berusia 6 tahun, setelah sebelumnya pelanggaran yang sama terjadi pada kanak-kanak berusia 4 tahun, dengan melayangkan surat panggilan untuk disoal siasat melalui keluarganya.

Menurut sumber tempatan di kota Issawiya, di al-Quds, pasukan penjajah Israel menghantar surat panggilan rasmi kepada kanak-kanak Palestin bernama Qais Ubaid melalui keluarganya untuk datang ke pusat soal siasat Israel di al-Quds pada hari Rabu (31/7/2019) jam 8 pagi. Melalui laman web, warga media sosial media menyatakan kecaman terhadap kezaliman pihak Israel kepada kanak-kanak termasuk dipenjara dan dibunuh.

Sebelumnya, pada Isnin (29/7/2019) malam, pasukan penjajah Israel dalam jumlah besar menyerbu kota Issawiya di al-Quds yang diduduki penjajah Israel, dengan target untuk memburu seorang kanak-kanak bernama Mohammed Rabia Alyan, yang usianya tidak lebih dari empat tahun.

sumber : https://melayu.palinfo.com/
penterjemah : osman