Categories
Berita Semasa

Israel meluluskan 6000 penempatan haram di Tebing Barat.

Selasa , 06-08-2019 – Rabu lalu Kabinet Keselamatan Israel telah meluluskan pelan  untuk membina 6,000 unit perumahan di kawasan penempatan Israel di Tebing Barat.

Dalam konteks berkaitan, Kabinet Keselamatan telah memutuskan untuk membenarkan pihak Palestin untuk membina 715 unit perumahan di Kawasan C, yang merangkumi 60% dari seluruh keluasan Tebing Barat dan ditadbir sepenuhnya oleh pihak Israel.

Sumber media Israel berkata bahawa keputusan ini dibuat beberapa hari sebelum menjelangnya lawatan penasihat kanan Presiden Amerika, Jared Kushner, ke Israel dan beberapa negara Arab yang lain.

Semenjak beberapa tahun kebelakangan ini Israel telah mempertingkatkan aktiviti pembinaan penempatan di Kawasan C. Dalam masa yang sama, berpuluh-puluh kediaman dan bangunan milik warga Palestin telah dimusnahkan di bawah alasan tidak berlesen. 

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : ezatul