
Selasa, 27-08-2019 – Tahanan Palestin Tareq Qa’dan, yang sedang melancarkan mogok lapar tanpa penghujung semenjak 26 hari lalu, terus menolak untuk minum untuk hari yang kelima berturut-turut, sebagai membantah penahanan pentadbiran beliau di penjara Israel.
Qa’dan, yang pernah sebelum ini meringkuk di dalam penjara Israel selama 15 tahun keseluruhannya, telah diculik oleh askar Israel Februari lalu. Mahkamah tentera Israel kemudiannya telah mengarahkan penahanan pentadbiran ke atas Qa’dan untuk tempoh enam bulan, dengan pilihan untuk dilanjutkan, tanpa perbicaraan mahu pun pendakwaan.
Lapan tahanan lain juga telah melancarkan mogok lapar di dalam tempoh yang berbeza-beza sebagai bantahan terhadap penahanan pentadbiran mereka masing-masing.
Dalam perkembangan lain, tahanan Anas Awwad dan Iyad Bazigh juga masih bermogok lapar untuk hari ke-17 di dalam sel tahanan asing mereka.
sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : ezatul