
Khamis, 29-08-2019 – Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu telah berjanji akan menggandakan jumlah kawasan penempatan haram di Dolev di kawasan terjajah Tebing Barat, sebagai tindak balas terhadap serangan bom Jumaat lepas yang telah mengorbankan seorang penduduk dan mencederakan dua yang lain.
Menurut sumber media Israel, Isnin lalu Netanyahu telah mengarahkan pengarah pejabat beliau untuk menyediakan pelan untuk 300 buah rumah di Dolev, untuk diserahkan kepada majlis perancang dan pembinaan wilayah.
Rejim Zionis baru-baru ini telah meluluskan pembinaan beribu-ribu rumah penempatan di kawasan Tebing Barat dan Baitulmaqdis.
Lebih daripada 600,000 penduduk haram tinggal di lebih 230 kawasan penempatan haram yang telah dibina semenjak bermulanya penjajahan tanah Palestin di Tebing Barat dan Baitulmaqdis oleh pihak Israel di dalam tahun 1967.
Majlis Keselamatan PBB telah menerima beberapa resolusi yang mengutuk aktiviti penempatan haram Israel di kawasan-kawasan terjajah Palestin.
sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : ezatul