
Khamis, 23/08/07 – NABLUS, (PIC)– Tahanan-tahanan penduduk Palestin di pusat tahanan tentera Israel Hawara dekat bandar Nablus telah merayu agar Palang Merah dapat melawat mereka dan memeriksa mereka syarat-syarat ketat di penjara.
Tahanan-tahanan tersebut berkata kuasa Hawara tidak membenarkan untuk mendapatkan ubat dan pakaian walaupun melalui peguam-peguam mereka.
Mohammed Basharat, Pengarah Nafha iaitu pertubuhan masyarakat dan hak asasi manusia bagi banduan-banduan merupakan saalah seorang daripada bekas tahanan itu telah menyatakan rasa amat kecewa disebabkan kuasa Hawara yang mencabul hak-hak tahanan.
Beliau merayu institusi hak asasi manusia untuk melihat keadaan tahanan-tahanan ini dan meminta untuk merombak pusat tahanan ini disebabkan ketiadaan sifat perikemanusiaan terhadap para tahanan.
Pertubuhan Nafha berkata aduan-aduan terhadap pusat Hawara telah bertambah baru-baru ini yang memaklumkan mengenai amalan-amalan yang sangat kejam terhadap para tahanan tanpa mendapat kebenaran daripada mana-mana institusi rasmi.