
Rabu, 02-10-2019 – Sekumpulan penduduk haram Israel telah menyerang beberapa petani Palestin di perkampungan Deir Sharaf, di sebelah barat Bandar Nablus, Ahad lalu, dan telah mencuri sejumlah besar buah zaitun.
Seorang aktivis anti-pendudukan haram Ghassan Daghlas memberitahu bahawa beberapa penduduk haram Israel telah mengusir petani-petani Palestin dari tanah mereka sendiri dan telah mencuri sejumlah besar zaitun yang telah dirancang untuk penuaian pada musim zaitun tahunan akan datang.
Penduduk haram Israel seringkali menyerang petani-petani Palestin di tanah mereka di Tebing Barat, mencuri hasil tuaian dan memusnahkan tanaman, dan hampir setiap kali tidak akan dikenakan apa-apa tindakan undang-undang oleh pihak berkuasa Israel.
sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : ezatul